“KAMI NAK IDRIS, NATANG!”

Jangan terkejut.

Ini bukan daripada aku. Aku bukan pro-Idris.

Ini kenyataan yang ditulis pada kain rentang dihadapan kediaman Idris Jusoh tanda protes mereka terhadap perlantikan Ahmad Said sebagai menteri besar yang baru.

Kalau diterjemahkan maksudnya ialah

Kami nak Idris,binatang!

Isu menteri besar yang aku sangkakan berlaku di Perak sahaja rupa-rupanya merebak juga ke Terengganu.

Kalau di Perak, aku tak berapa nak hairan sebab lumrah lah bagi parti mahu bergabung ni. Nak bentuk kerajaan campuran.

Tapi BN yang merupakan parti yang amat berpengalaman memerintah juga turut mengalami masalah yang sama.

Aku boleh pertimbangkan kalau ada konflik untuk merebut jawatan nie. Dimana-mana pun ada.

Cumanya aku pinta agar mereka jangan terlalu teruja untuk mempertahankan calon kegemaran masing-masing sehingga melanggar had yang sepatutnya.

Sebab?

Tindakan membuat kain rentang itu boleh dikategorikn sebagai tidak menghormati atau derhaka terhadap arahan Sultan. Bukankah kita selalu diajar agar jangan derhaka pada ketua. Taat pada pemimpin.

Institusi beraja telah sebati dengan jiwa kita. Jangan berani cemarkannya. Institusi beraja bukan boneka semata.

Walaupun tidak sesetia Hang Tuah yang sanggup berkorban nyawa untuk Sultannya, setidak-tidaknya jangan menggelar Sultan sebagai binatang.

Atau binatang ini rujukannya kepada Ahmad hanya kerana menerima amanah yang dipertanggungjawabkan untuknya?

Hakikatnya, sesiapapun tidak layak disamakan dengan binatang.

Keduanya, aku tidak faham kenapakah PM. TPM, dan 23 ADUN Terengganu beria-ia mahu memperjuangkan juga Idris sebagai MB.

Apakah muslihat disebalik sokongan yang tidak berbelah bagi ini? Kenapa pula sewaktu isu MB di Perlis sokongan yang serupa tidak diberikan kepada Shahidan?

Bukankah Ahmad yang dilantik ini juga merupakan orang BN?Yang membantu dalam melengkapkan kemenangan 24 kerusi daripada 32 kerusi DUN di Terengganu?

Kita berjuang atas nama parti, bukan atas tiket individu.

Ketiga, memandangkan suara mereka yang menyokong Idris ini tidak dilayan oleh Sultan, mereka pun menghantar memorandum untuk memecat Ahmad sekiranya menerima watikah perlantikan sebagai MB.

Lepas tu pula, mahu pulau upacara angkat sumpah.

Kelakar pulak. Beria-ia benar nampaknya mereka ni. Tapi sebab menolak Ahmad tidak pernah pula dinyatakan secara jelas.

Kalaupun mahu menolak Ahmad. Biarkan saja beliau mengangkat sumpah. Kemudian buat saja undi tidak percaya. Kan mudah?

Macam-macam ragam pula PRU-12 ni. Sudah-sudah lah berkelahi sesama sendiri.

Elok kita sama-sama tengok depan. Apa lagi yang kita kena buat untuk bangunkan negara kita.

Siapapun memimpin bukan soal apatah lagi kalau satu parti. Yang penting semua mesti punya tujuan dan matlamat yang sama.

Mengangkasa bangsa.

9 thoughts on ““KAMI NAK IDRIS, NATANG!”

  1. Mungkin masalah gila kuasa dah menebal di dalam hati sanubari hinggakan Allah sengaja memperlihatkan mereka dengan keadaan sedemikian agar rakyat semua memikirkan perkara yang terjadi.

    Ketuk dulang paku serpih,
    Mengata orang dia yang lebih!…

    SNA: Memang lebih!

  2. aku sokong sangat..meluat tul dengar cite ni…nk muntah pn ade. nak rebut MB pun kecoh 1 benua padahal menteri yang dipilih org yg dlm satu parti..itupun nak kecoh..hamperghh..
    betul la skang ni Sultan juz boneka hidup..

    SNA: Hidup segan mati tidak mahu.

  3. Bila emosi tak dapat kawal….inilah yang kita lihat.Kita patut bersyukur dan berserah pada Allah Taala apa yang berlaku.Mungkin ada hikmat disebalik kejadian ini.

    SNA: Hikmah ada di mana-mana dalam setiap perkara.

  4. Apa apa pun yang terjadi … jangan biarkan rakyat yang tidak terlibat menjadi sumpahan sultan terhadap mereka . Wahai rakyat Terengganu … sedarlah baliklah ke jalan yang benar minta dengan ALLAH supaya Negara Malaysia ini tenang , aman dan di redhai-Nya . Jangan sampai melayu hilang didunia .

    SNA: Jangan Melayu hilang di Malaysia juga.wee.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s