APA MOTIF PERLETAKAN JAWATAN SECARA BESAR-BESARAN DI PERAK?

Sekali lagi Perak menjadi perhatian.

Selesai isu MB kali ini isu ketua kampung pula menyusul.

Khabarnya seramai 876 ketua kampung dan  13,140 Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di Perak akan meletak jawatan.

Aduhai, lepas satu satu masalah timbul di Perak. Risau pula aku dengan sindrom ini. Semacam retak sudah penat menanti belah.

Apapun kita cuba analisa alasan atau rasional yang diberikan oleh mereka disebalik perletakan jawatan secara besar-besaran ini menurut kenyataan yang dikeluarkan sendiri oleh Presiden Pertubuhan Ketua Kampung Negeri Perak (PKKNP), Zukiman Jalil .

Alasan pertama;

Watikah pemilihan diberikan oleh Menteri Besar Perak yang dahulu dan tidak adil untuk kami memberikan kerjasama kepada kerajaan campuran DAP, Pas dan PKR sekarang. SNA:

Pelik. Kenapa pula tidak adil untuk bekerjasama dengan kerajaan baru? Sedangkan tanggungjawab sebagai ketua kampung akan kekal sama walau kerajaan yang lain memerintah. Tidak akan ada beza dari segi peranan.

Alasan kedua; 

Adalah lebih baik kami meletakkan jawatan secara terhormat daripada diarahkan berbuat demikian.

SNA:

Ini lagilah pelik. Apakah terhormat sekiranya meletakkan jawatan sebelum waktunya (Disember depan). Dan kalaupun mereka tidak meletak jawatan apakah  tindakan MB Perak nanti  sehinggakan perlucutan jawatan atau pemilihan kembali ketua kampung yang baru boleh dikatakan sebagai tidak terhormat?

Alasan ketiga; 

Jika pun kami memegang jawatan itu, kami menjadi ketua kampung pembangkang.

SNA:

Jadi, apakah masalahnya menjadi ketua kampung pembangkang. Di negeri-negeri yang diperintah oleh BA seperti Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang tidak ada pula sebarang perletakan jawatan ketua kampung yang dilaporkan (setakat ini).

Adakah mereka malu digelar pembangkang??

Aku makin tidak faham. Tambah pula dengan alasan yang cukup mengelirukan.

Tapi mungkin ini akan memudahkan kerja Nizar untuk membuat pemilihan baru ketua kampung dengan sistem pengundian.

Sebab, kalau mengikut Nizar, sistem yang digunakan selama ini menimbulkan banyak masalah  kerana yang dipilih bukan pilihan rakyat tetapi kerjaan negeri.

Betul juga. Kalau rakyat yang pilih. Mereka (baca: ketua kampung) tidak lah akan meletak jawatan sesuka hati walaupun kerajaan akan bertukar tangan.

Macam-macamlah. Moga segalanya berjalan dengan baik mengikut izin Tuhan.

3 thoughts on “APA MOTIF PERLETAKAN JAWATAN SECARA BESAR-BESARAN DI PERAK?

  1. La ada lagik isu macam ni??? penat penat penat… bila nak berdebat??? rindu neh nak kena bidas dengan ko.. ahaks🙂

    SNA: Aku pun penat kalau berdebat dengan kau.Haha.

  2. Izinkan hamba mengomen.

    Menurut pemahaman hamba, atau lebih tepat lagi menurut bapa hamba, jawatan “ketua kampung” sekarang sudah tidak wujud.

    Sementara itu, izinkan pula hamba mengatakan bahawa jangan disamakan jawatan “ketua kampung” dengan “penghulu”.

    Penghulu ialah sebuah jawatan yang sepertimana kakitangan² kerajaan yang lain (seperti polis, bomba, PTD, jururawat, atau sesiapa saja yang bekerja di sektor awam). Ianya dilantik dan digajikan oleh Kerajaan Pusat. Seorang penghulu (sepertimana kakitangan² kerajaan yang lain) mesti bersikap berkecuali dan tidak memihak kepada mana² parti politik. Walau bagaimanapun, seperti yang kita tahu, kalau kakitangan itu “berpihak” pada parti UMNO (atau BN yang lain), maka ianya tidak diambil apa² tindakan (biasalah tu!). Sekadar selingan ya?

    Berbalik kepada “ketua kampung”. Berbeza pula dengan “ketua kampung”, atau lebih tepat lagi, nama jawatan itu ialah Pengerusi JKKK. Nah, merekalah yang sebenarnya, sekarang ini, memegang peranan sebagai “ketua kampung”, sebab, macam yang hamba kata tadi, “ketua kampung” sudah tidak wujud.

    Apabila seseorang itu dilantik menjadi Ketua Bahagian UMNO di kawasannya, maka secara automatik beliau akan dilantik menjadi Pengerusi JKKK. Maka secara tidak langsung, orang itu akan memainkan peranan sebagai seorang “Ketua Kampung”.

    Mereka ini akan mendapat duit peruntukan daripada UMNO. Malah boleh jadi mereka akan kelihatan lebih penting daripada seorang Penghulu. Maka, kalau dilihat dari satu sudut, mereka ini adalah “proksi UMNO” di kawasan itu.

    Maka, pada hemah saya, tiada apa yang anehnya mengenai perletakan jawatan “ketua² kampung” ini. Dan betul jugalah alasan yang mereka berikan tu.

    Sebabnya ialah, pada hakikatnya, mereka kini sudah tidak dapat berfungsi kepada UMNO kerana kerajaan negeri itu sudah diperintah oleh parti lain. Apalagi “sumbangan” yang boleh mereka berikan kepada UMNO yang sudah menjadi pembangkang di negeri itu? Maka sebab itulah, kalau mereka tak letak jawatan awal² pun, sampai tarikhnya nanti memang mereka akan digantikan dengan orang lain.

    Bukan saja di Perak, malah di negeri Kedah juga pastinya sama keadaannya.

    Cumanya yang menjadi isunya di sini ialah, hal itu “dilaporkan” (baca: dihebohkan) oleh media. “Ketua² kampung” di Perak ini sengaja menyiarkan kisah mereka kepada media, dan media pastinya akan petik apa saja yang akan dilihat menentang golongan yang masih mereka gelar sebagai “parti pembangkang”.

    Maka sebab itulah kita akan dapati seolah macam tiada logika pada alasan mereka nak letak jawatan itu. Dan media pun, macam biasa, takkan cerita secara penuh, cukup setakat apa saja yang dilihat memihak kepada pihak yang mereka sokong itu.

    P/S: Jika ada yang salah, diharap tolong betulkan ya?:mrgreen:

    SNA: Terima kasih. Lawatilah blog saya selalu.

  3. Salam..
    memang makin peliklah..hari2 aku baca surat khabar makin banyak isu baru timbul..kalau isu bagus takpe,ini isu yang memeningkan kepala…harap2 masa aku balik malaysia semuanya aman2 saja..peace~ =]


    SNA: Selamat, Aman dan Makmur.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s