MALAYSIA ADA 500,000 BLOG!

Banyakkan jumlah blog yang ada di Malaysia ni?

Aku pun terkejut. Ramai juga yang bergiat aktif dalam arena blogging ni.

Lebih menarik, Malaysia menduduki tempat ketiga selepas Kesatuan Eropah dan Indonesia. Malah, turut dilaporkan blog adalah penyumbang hampir 70% kepada keputusan PRU-12 yang lalu.

Dan ruang blog ini banyak didominasi oleh BA dalam menyampaikan perjuangan mereka kepada rakyat. Mungkin ini rahsia BA tawab banyak negeri.

Bagus.

Ini perkembangan yang baik. Baik kerana ruang untuk setiap orang untuk menyuarakan pendapat lebih terbuka dan didengari ramai.

Blog kini bukan lagi coretan peribadi semata, malah menjadi rujukan bagi sesetengah pembaca untuk mendapatkan maklumat terkini (pastinya bukan blog aku.haha).

Lebih menggembirakan bila ada sesetengah blog dikunjungi 3-4 juta orang dalam masa sehari.

Kebiasaanya blog yang akan mendapat kunjungan paling banyak adalah blog yang berasaskan politik dan isu semasa, agama, cinta atau mungkin gosip mengenai artis.

Ini adalah trend pembaca internet di Malaysia yang sentiasa dahagakan berita-berita panas.

Blogger kini nampaknya akan punya tanggungjawab yang lebih berat. Kalau dulu mungkin untuk suka-suka namun kini blog perlu menjadi wadah pemikir kepada pembaca dalam membantu mereka menilai sesuatu isu.

Sebagai laman yang terbuka untuk semua, blogger perlu lebih berhati-hati dalam menganalisa sesuatu perkara yang berlaku di sekeliling mereka.

Bagi aku yang begitu muda ini, banyak sungguh yang perlu dipelajari dengan sifu-sifu yang lain yang sudah lama menjebakkan diri dalam dunia blogging..

Kalau salah tolong tunjukkan!

2 thoughts on “MALAYSIA ADA 500,000 BLOG!

  1. salam..
    yup..ketahuilah bahawa kita adalah seorang drpd 500,000 bloggers itu..hehe..btw,kalo SNA still rasa muda n mentah, apatah lg diriku ini…=p memang byk lg nk kena belajar dan membaca…apapun,teruskan menulis…=]

    SNA: kia akan terus menulis.wee

  2. SNA,

    saya rasa kebanyakan daripada blog-blog yang mencapai jutaan hits itu dikendalikan oleh para jurnalis, aktivis politik sejak zaman reformasi lagi dan juga wakil rakyat sendiri. dan pastinya mereka bukan budak hingusan.

    salaam

    SNA: Saya budak hingusan, bukan mereka.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s