RAMADHAN..

Mata tidak mahu tutup.Tidak mengantuk.Terlelap pun tidak. Selesai bersahur jam 5 pagi tadi. Aku terus berjaga. Mencuba berkali untuk tidur,gagal.

Sekarang jam 0718 pagi. Masih pagi dan awal lagi. Ok juga. Aku tidak payah risau terlewat bangun untuk ke makmal. Menyudahkan lambakan kerja untuk projek tahun akhir aku Dan juga ke kelas Food yang aku ponteng tempoh hari.

Banyak juga yang dirisaukan dan itulah yang merencat kantuk aku.

. Ada yang manis. Ada juga sebaliknya. Lazimlah hidup warna-warninya pada duga dan uji dari Ilahi. Aku bersyukur.

Masih dikurniakan lagi bahagia dan yang paling penting nyawa untuk aku terus melihat kebesaran Tuhan.

Mungkin atau memang yang kurang pada aku ini. Ketabahan dan kekuatan sebagai bekalan melalui jalan-jalan kehidupan.

Aku harap. Ramadhan ini dapat mematangkan aku dari segenap segi. dapat aku manfaat sepenuh hati.

Segala yang datang berkunjung baik atau buruk seboleh mungkin aku terima dengan hati yang penuh keredhaan.

Aku hanya mahu disayangi Tuhan.

Aku mahu menggembirakan setiap insan.

Aku mahu bahagia dunia dan akhirat. Amin!

2 thoughts on “RAMADHAN..

  1. Wah sudah lama tidak update..
    Siapa yang tidak mahu disayangiNya.

    SNA:hee..dah 2 months tak update..ramadhan merajinkan aku!

  2. selamat berpuasa.. welcome to the club “takleh tido malam”. aku dah setahun susah tido yer.. hehehe semoga menemui apa yang dicari

    SNA:Hee. Thanks. Nwei bla nk blanja aku berbuka?hee

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s