HAPPY BIRTHDAY TO SNA!

23 tahun yang lalu tanggal 17 September 1985 seorang bayi lelaki telah dilahirkan di Gual Periok, Pasir Mas Kelantan. Jam 730 pagi suaranya memecah keheningan suasana. Akhirnya setelah 9 bulan 9 hari, anak bongsu pasangan Abah dan Mama itu selamat melihat alam ciptaan Maha Esa.

Dia bersyukur. Kerana Tuhan masih memberikan peluang yang terlalu banyak ini untuk dia menebus segala dosa silam. Masih diberikan kudrat menghitung hari-hari kematangan.

23-terlalu besar nilainya pada dia. 23-melambangkan jauhnya sudah dia meninggalkan zaman kanak-kanak dan remaja.23-simbol semakin suntuknya masa untuk dia mengejar impi dan cita-cita.

Ternyata, sejarah hidup banyak memainkan peranan dalam mengendera kehidupan nya sehari-hari. Dia akur, sejarah hidup yang lampau-tidak kira manis ataupun pahit-menjadi panduan berguna buat dirinya. Siapalah dirinya tanpa kenangan lalu yang terlalu banyak mengajar dan mendidik hati dan jiwa agar gagah sentiasa mendepani dugaan semasa.

Namun, setelah 23 tahun lamanya hidup. Keazaman dan kekuatan sesekali sirna dan hilang. Berkali dia cuba bertahan, akhirnya rebah jua di halaman. Halaman yang penuh kelemahan.

Dia mungkin seringkali berkata.Tiap tahun bulan minggu minit saat dan ketika. Berjanji pada dirinya sendiri jua orang lain agar berubah menjadi lebih baik.Untuk semua.Supaya gembira bersamanya.

Alahai..kenapalah tidak pernah tertunai hasrat dan harapan untuk dia melakukan perubahan. Apakah dia seorang yang keras dan degil sehingga kekal menjadi manusia yang membosankan.

Dia tahu, kehadirannya sering tidak menyenangkan.Tingkahnya sering melukakan. Kata-katanya sering menjengkelkan. Mudahnya, dia selalu menyusahkan.Dia tahu itu.

Terima kasih pada yang masih menerima dia begini. Abah, Mama, Ayong, Abg Ayang, KakNgah. Dia hanya hidup untuk kalian. Hanya kalian tempat dia bermanja dan meminjam kasih sayang. Moga boleh dia balas tiap jasa dan pengorbanan.

Buat Mak Cik dan Pak Cik. Terima kasih juga. Bukan niatnya untuk hadir dalam keluarga itu dan merampas kebahgiaan sesiapa. Telah diaturkan Tuhan, dia dipertemukan dengan keluarga yang sangat penyayang. Dia hanya mengutip belas dan ihsan.

Selamat Hari Jadi Shahrul Nizam..

Aku doakan moga kau menjadi manusia berguna buat semua.Moga hidup kau dirahmati Tuhan sepanjang masa.

Ingat dugaan yang bersilih tandang adalah hadiah daripada Tuhan yang harus kita terima.

Maaf buat semua andai selama ini dia tidak menjadi manusia yang digemari. Tidak perlu dihormati dan disayangi. Cuma sekadar teman selagi dirinya masih dibenarkan bermusafir di bumi Tuhan.

Salam..

6 thoughts on “HAPPY BIRTHDAY TO SNA!

  1. happy birthday yg ke-23!!

    wahha, ingatkan bday ke-18.tu yg i tanya bape umor mase kt upm tu.haha.gurau jer.

    neway, semoga panjang umur n wish u the very best of luck utk debat, study, keje pasni.

    SNA: Terima kasih Junny..Hee aku memang sentiasa nampak muda. Tak heran lah kalau orang tanya, Hee.

  2. Menginsafi diri perlu untuk jd yg terbaik. Namun, tak perlu bersusah payah berubah untuk mengikut acuan org lain. Orang yg terima kkta seadanya adalah orang yang benar2 ikhlas dengan kita. X kira sahabat atau kekasih.. Hppy birthday to you!! Bile bole jumpe a.nizam??

    SNA: Hee.Terima kasih..Bila2 boleh jumpe.Nak duit ek?wee c:

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s