ITS A WEDDING WEEK

Banyak benar rasanya aku telah melukakan hati rakan-rakan sepersekolahan sejak aku meninggalkan sekolah. Sejak masuk UiTM.

Bukan aku berlagak, jauh sekali melupakan kalian semua. Aku bukanlah pandai dan boleh berbangga dengan pencapaian akademik aku yang cukup-cukup makan nie.

Tapi, banyak sangat masa yang terpaksa aku guna untuk perkara-perkara lain yang aku yakin kalian juga tahu minat aku apa kan. Dan itulah yang banyak aku tumpukan.

Minta maaf kerana tiap kali ada undangan perkahwinan aku tak dapat penuhi. Terima kasih aku ucapkan kerana masih gigih dan tidak jemu menghantar ‘kad wangi’ ke rumah aku.

Sekurang-kurangnya aku faham, aku masih dihati kalian. Begitu juga kalian pada aku.

its me with my future wife..hee
its me with my future wife..hee

Maka, masa-masa terluang yang tersedia selepas aku selamat menamatkan pengajian selama 5 tahun setengah dapatlah aku hadiri beberapa majlis persandingan taulan terdekat.

2 minggu yang lalu, aku sempat ke rumah Amalina. Tahniah, akhirnya bersatu juga kau dengan pilihan hati yang berasal dari Batu Gajah itu. Kamu berdua tampak padan sekali di atas pelamin.

Walaupun aku tak berpeluang untuk bergambar dan sekadar menjadi tukang ambil gambar. Aku tetap gembira sungguh aku kaku dan janggal dengan teman-teman yang telah lama aku ‘tinggalkan’ dan ada juga yang baru saja aku kenal.

Pelik tapi entah macam mana aku boleh ikut Intan, Linda, Sarah dan Azrul pagi-pagi buta ke JJ untuk berkongsi wang membeli hadiah buat Amalina. Aku cuba. Cuba merapatkan diri dengan dia orang.

It takes time. And its difficult. I know.

Seminggu kemudian, Adam dan Elina pula disatukan. Manis sekali mereka dalam salinan red n black. Berani dan mengejutkan.

Kamu berdua pun aku tidak pernah menjangka akan bersatu dijinjang pelamin.Dulu satu sekolah,kini satu rumah. Tahniah! Benarlah jodoh pertemuan di tangan Tuhan.

Kali ini dapat juga diabadikan kenangan aku di pelaminan itu.Hehe.

Selain meriah dialun kompang dan makan percuma, ada perkara yang lebih penting yang aku amat hargai. Persahabatn yang kembali terjalin.

Jumpa rakan-rakan lama yang sangat lama aku tak jumpa. P-na, Ruhaya, Lene (Pikacu). Sumpah aku rindu kalian. Terima kasih Tuhan atas pertemuan itu.

Kesempatan untuk berbual-bual dengan Izar benar-benar buat aku terasa betapa lamanya aku terkesamping dari dunia yang sepatutnya aku diami.

Banyak yang ditukar cerita. Bertukar nombor telefon juga menjadi acara.

Mudahnya aku gembira dengan perkembangan hidup kala ini. Aku semakin menghargai kehidupan.

Buat yang selamat diijabkabulkan, aku doakan kekal ke akhir zaman. Bahagia berkekalan.

Giliran aku entah bila pula, mungkin solo sampai bila-bila. Hee c;

3 thoughts on “ITS A WEDDING WEEK

  1. InsyaALLAH, jodoh boleh dicari.. Tak mencari mana nak jumpe.. Ha3. 7 tahun lagi kan?? But, one things for sure, masa akan terus berlalu dan manusia yang akan mengisinya. Teman, sahabat, rakan dan taulan tidak pernah hilang melainkan kita sendiri yang memadamnya..

  2. alahai, aku terlepas kenduri elinašŸ˜¦ terbace kad bile hari kenduri dah berlalu. sedih3. she was my bestfriend mase darjah 3-4. huhuhu


    SNA; Herm. Kenduri saya jgn lupa terlepas plak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s