SELAMAT TAHUN BARU 2009!!

 

Aku tidak mahu sebenarnya menjadikan blog ini sekadar medium menyampaikan ucapan semata-mata. Tapi daripada membiarkan blog ini usang dan kusam lebih baik aku serikannya.

Esok, bermulalah satu lembaran baru buat semua. Tahun 2009 akan terbit dan menggantikan tahun 2008 yang telah kita semua lalui selama 365 hari. Manis atau pahit pasti memalit hidup kita.

Selamat Tahun Baru
Selamat Tahun Baru

 

Sepertimana harapan semua orang di dunia ini, aku juga mengharapkan agar tahun 2009 akan menjadi tahun keamanan dan kedamaian buat semua walau di mana jua kita berada.

Mungkin tahun depan akan menjadi penamat kepada permusuhan Israel dan Palestin, ketegangan dunia barat dan dunia Islam dan mungkin juga kita bakal bertemu dengan formula penyelesai masalah ekonomi semasa.

Atau penawar penyakit AIDS yang telah lama membelenggu kita.

Impian kita rencam. Tapi kita semua mahu hidup bahagia dan tenteram. Untuk itu, sama-samalah kita mendoakan semoga dunia dan hidup kita diberkati Allah S.W.T selalu.

Selamat Tahun Baru.!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s