ANTARA DUA

Hari ini merupakan hari pertama bagi tahun 2009. Usia meningkat sehari lebih tua. 1 Januari memulakan detik-detik baru buat kita.

Detik dan tikanya melukis angan baru. Masa dan saatnya menghirup udara baru. Menghembus nafas baru. Pendek kata, segalanya mahu baru.

MAHU baru tidak bererti kita meninggalkan segala yang lalu. Mungkin benar ada banyak onar yang menyelingkar dan menyangkar lantas menjadikan hidup kita sukar.

Tapi, apalah ertinya hidup tanpa masalah yang menyusup. Cuaca pun kadangkala redup

Manusia seperti kita begitulah. Mengeluh resah. Sedang kita tahu tiap-tiap sesuatu yang berlaku pasti ada sesuatu yang menunggu. Andai kita cekal dan kental.

Susah memang. Mahu menjadi manusia yang tenang menerima ujian yang datang atau rezeki dan tuah yang terbentang.

Antara riak dan syukur atau antara rendah hati dan kufur. Selalunya kita sering kabur.

Selalu.

Waktu kita menerima sesuatu ‘hadiah’-kita kadangkala bersyukur tapi kadangkala pula takbur. Kerana makna ‘hadiah’ itu berbeza mengikut nafsu.

Menerima kelemahan dengan rasa rendah hati boleh juga bertukar menjadi manusia yang tidak menghargai dengan apa yang dimiliki. Cukuplah dengan apa yang ada, jangan diminta-minta yang lain pula.

Its a thin line, at times. But it is actually a disparative thing and can be distinguished easily.

Kita sebagai manusia jua yang kadang-kadang tersilap langkah dan gerak.  Moga kita sama-sama mengerti, bahawa kita perlu menikmati hidup yang bersifat sementara ini dengan menjadi manusia yang pandai mengharagai dan menerima kelemahan diri seikhlas hati.

4 thoughts on “ANTARA DUA

  1. Adakalanya….saya pun sukar menerima kelemahan diri…dan selalu salahkn Pencipta…manusia mmg tamak…inginkn semua benda yg org lain ada….kenapa saya x boleh dapat?…Ia adalah ketentuan Ilahi…kita x peroleh kerana Allah tahu apa yg terbaik untuk kita


    SNA: Dengan kelemahan manusia itu menjadi sempurna.

  2. ketibaan tahun baru dpt membongkar penipuan manusia… (cuba check azam lepas dah terlaksana belom???)


    SNA: Belum. Pasti belum.Nwei, tahniah!

  3. kite sering lupe bile di beri nikmat, ttp ingat pd NYA bile dlm kesempitan,
    apa gn kwn taulan jika tidak beringat, ingatlah kita hanyalh pelakon kecil yg mewarnai galaksi n maya ini, every person have their own world. same goes to us, all same but the bottm line is IMAN…

    SNA: Iman adalah mutiara di dalam hati manusia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s