BERMALAM MINGGU

Malam tadi, selesai latihan debat, aku dipelawa Syafik untuk berkaraoke di Ampang Park. Aku tanpa banyak fikir pun menurut. Walaupun duit dah makin susut. Hehe.

Yang turut mengikut, Ahmad dan Muhammad. Menanti di sana, Dato Seri Syakil.

Memandangkan kita orang bertolak pun sudah jam 12.30 jadi News KTV pun sudah dipenuhi. Tak dapat lah kami melalak dan menyumbangkan suara.

Dari balik tanpa berbuat apa-apa, kami pun bersetuju untuk merayau-rayau menimati ‘keindahan’ malam kota metropolitan.

Pertama sekali, ke Doraisamy mengisi perut yang memang sudah terisi. Sup lidah dan kambing menjadi pilihan Ahmad, Muhammad, Syafik dan Syakil.

Aku hanya meneguk limau suam. Sup-sup sebegitu terlalu eksotik.

Selesai makan, kami menjelajah tiap pelusuk dan ceruk Kuala Lumpur. Sungguh sudah lewat  3 pagi masih ramai manusia berkeliaran dan berpelisiran di sana-sini.

Meriah dan penuh sesak.

Tidak ada apa yang banyak berubah sejak kali terakhir aku menjengah ke sana.

Malah semakin ramai manusia yang bertandang dan memuaskan nafsu masing-masing. Begitulah kehidupan masyarakat moden yang diangkat bersama nilai ketamadunan.

Jam 4 pagi. Kami pun meninggalkan bandaraya Kuala Lumpur.. Aku secara peribadi belajar sesuatu yang sungguh bererti.

One thought on “BERMALAM MINGGU

  1. Bonat bile nak update baru ni?…tulis la view ko pasal boikot produk U.S dan Israel pulak. Harap dpt penuhi. Thanks

    SNA: Owh, ok. Insya Allah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s