Isu Lompat Lambang Disloyalty!

Kini sudah sah.

Sultan Perak sudah pun bertitah. Nizar perlu letak jawatan.

BN sudah kuasai Perak kembali dengan majoriti mudah gara-gara 4 ADUN Perak keluar daripada Pakatan Rakyat. Aku tidak kisah siapa pun yang memimpin kerajaan Perak. Bukan urusan aku.

Cuma, yang amat menarik perhatian aku ialah tentang ketidaksetiaan kita terhadap Parti yang kita naungi. Lebih dukacita, mereka yang dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya yang penuh demokrasi seolah mengenepikan terus kepercayaan dan kepentingan rakyat yang memilih.

Kita perlu ambil pengajaran daripada isu Perak ini. Aku yang tak tahu menahu fasal politik ini rasa amat kecewa kerana demi menguasai kerajaan sebuah negeri, apa jua sanggup untuk dilakukan.

Di manakah hak rakyat yang selama ini diangkat seiring dengan demokrasi yang dianggap tulus dan suci??

Rakyat sekarang seolah-olah menjadi alat yang melengkapkan sistem demokrasi dan bukannya penentu halatuju demokrasi.

Selepas ini, kalau ada 4 ADUN BN pula yang melompat ke Pakatan Rakyat, bagaimana? Kerana semua orang waktu ini yang bergelar ahli politik atau lebih tepat wakil rakyat atau ADUN tidak boleh dipercayai kesetiannya.

Jangan sesekali percaya. Dalam sekelip mata kerajaan bertukar tangan. Lompat lagi, tukar lagi.

Macam katak. Macam lalang.

Sampai bila??

Bukan sekadar lambang disloyalty, tetapi lambang kotornya politik kita di Malaysia! Lambang betapa tidak matangnya kita berpolitik!

Come on, hormati pilihan rakyat!

One thought on “Isu Lompat Lambang Disloyalty!

  1. Setuju…sbb tuh la mereka yg melompat dipanggil “pemanggil hujan” atau “pocong” hu..hu
    Skrg…depa berebut sapa dtg ofis dulu, huihhh mcm impak maksima plak dah…

    SNA: Sapa plak jadi pocong dlm impak maksima?Hee

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s