ZAMRY GANTI NIZAR TERAJU PERAK!

ADUN Pangkor dipilih bagi mengetuai Barisan Nasional sebagai Menteri Besar Perak yang baru. Upacara angkat sumpah dijangka akan berlangsung esok jam 3.30 petang.

Datuk Dr Zamry Abdul Kadir dipilih setelah Pak Lah mendapat perkenan daripada Sultan Perak. Sungguhpun Datuk Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaludin masih enggan meletakkan jawatan namun hakikatnya sebuah kepimpinan baru bakal dibentuk.

Pakatan Rakyat kala ini masih tidak mahu mengangkat bendera putih tanda mengalah. Malah, 10,000 orang dikatakan berkumpul di hadapan kediaman Nizar sebagai bantahan terhadap pembentukan kerajaan baru di Perak.

Keengganan Nizar menjadikan beliau orang ketiga yang bertindak sedemikian selepas Stephen Kalong Ningkan iaitu Ketua Menteri pertama Sarawak (1963-1966) dan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohamed Nasir.

Kedegilan Nizar ada asasnya kerana kalau mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, Artikel XVI (6) sokongan terhadap MB perlu diputuskan oleh Persidangan DUN.

Bermakna Raja tidak punya kuasa untuk melucutkan jawatan MB tanpa persetujuan DUN.

Tambahan pula bilangan DUN bagi Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional adalah sama yakni 28- jadi tidak wajar mengatakan BN majoriti. Lebih-lebih lagi, 3 ADUN yang keluar daripada Pakatan telah diisytihar oleh Speaker DUN sebagai bukan lagi ADUN.

Apakah krisis perlembagaan akan diulangtayang? Atau darurat perlu diisytiharkan?

Sama-sama kita tunggu dan saksikan. Tapi harapnya, segalanya akan berjalan lancar dan aman.

One thought on “ZAMRY GANTI NIZAR TERAJU PERAK!

  1. Walaupun bkn kali pertama ade MB x nk letak jawatan tp x pernah jd ade org baring tgh jalan halang keta Sultan… ini barulah “luar biasa” he..he

    SNA: Hehe.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s