RUTIN

Jam sudah pukul 6.30 pagi. Seperti biasa aku bangun menunaikan kewajipan yang perlu.
Kemudian mengejutkan anak-anak untuk ke sekolah.
Jam 7.00 pagi. Setelah semuanya ke sekolah. Aku pantas mengambil remote ASTRO. Menekan saluran 701. Menonton Early Edition.
Sesekali, ke 708 melihat telatah comel Fara Fauzana. Atau 103, menjamu telinga dengan isu-isu menarik di MHI.
Lewat jam 8.00. Mata sudah kembali layu. Mahu kembali beradu.
11.30 pagi. Bangun atau dibangunkan. Mandi. Bersiap untuk mengambil anak-anak pulang.

Makan tengah hari. Kemudian menghantar anak-anak untuk ke sekolah petang (agama) pula.
Jam 2.00 petang menghadap TV melihat sinetron JELITA. Haha.
5.30 petang menjemput anak-anak dari sekolah.
8.00 malam. Menjadi tutor membantu apa yang termampu. Sedih juga melihat kepayahan mereka menelaah dalam bahasa yang begitu asing bagi mereka. Bahasa Inggeris.
Maklumlah, orang kampung seperti kami. Manalah pandai berbahasa Inggeris nie. Setakat sorry, I and You. Boleh lah. Itupun belajar daripada TV. hehe.
Jauh disudut hati. Aku mahu mereka berjaya. Boleh membantu orang tua.
Aku sudah merasa kepedihannya dicaci dan dihina. Aku tidak mahu mereka mengalami nasib yang sama.
Belajar pandai-pandai. Tuntut ilmu bersungguh-sungguh. Kita bukan nya dari keturunan pandai-pandai seperti mereka. Seperti orang lain.
9.30 malam. Mereka sudah masuk tidur.
Aku masih menghadap TV. Melihat sisa cerita sebelum melelapkan mata.
Atau menghabiskan bacaan.
12.30 malam. Aku tidur.
Dan rutin bermula semula saat ayam jantan berkokok pada keesokannya.

Bukan bosan. Malah aku menghargai detik-detik ini. Cuma aku mengharapkan ada rutin yang lebih baik untuk aku lakukan setelah menamatkan pengajian.

5 thoughts on “RUTIN

  1. DIA masih membiarkan adanya waktu untuk diisi sebelum waktu itu tidak cukup untuk mengisi. Huhu.. Tuah ayam nampk di kaki tuah manusia siapa tahu.. Gambatte kudasai!

    SNA: Gambatte ne!

  2. Bagus la encik Shahrul nih…dah praktis jadi bapa yg baik…kalau jd Ayah nanti mesti SNA akn jd Ayah yg berhemah…dan kuat melahar pun ade gak..ha..ha..walaupun kita membuat rutin yg sama setiap hari tapi setiap hari tdk pernah sama

    SNA: Heh. Kalau buat rutin yang tak sama setiaap hari akan sama ke? hee

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s