PUKAU KEMUDIAN ROMPAK

Sejak kebelakangan ini, di kawasan sekitar kampung aku yang glamour iaitu Sijangkang banyak betul berlaku rompakan.

Jumlah rompakan tidak lah banyak sangat dan tidak ada pula kemalangan jiwa. But still, siri rompakan yang berlaku cukup menakutkan aku, family dan orang kampung.

Herm.

Mekanisme yang digunakan ialah pukau. Selepas penghuni rumah dipukau maka kerja-kerja merampok akan jadi lebih mudah.

Setakat ini je dah 6 buah rumah yang dekat dengan dengan rumah aku akak aku yang dah jadi mangsa. Dan setiap kali rompakan hanya 3 buah rumah je yang akan dirompak.

Mungkin itu adalah petua perompak-perompak nie.

Ok. Habislah cerita kat situ.

Tetapi malangnya, aku tak nampak pulak kawalan keselamatan diperketat kat kawasan yang boleh dikatakan ‘panas’ nie. Kalau nak harapkan polis mungkin susah lah. Yelah, kakitangan tak ramai, kampung pulak besar.

Secara klisenya polis akan cakap bahawa masyarakat perlulah membantu pihak berkuasa kerana ini juga tanggungjawab masyarakat.

Ok. Fine. Maknanya tanggungjawab bersamalah. Peliknya tak nampak pulak kereta polis meronda tengah-tengah malam. Kenapa?

Orang kampung pulak macam biasalah. Sungguhpun macam-macam persatuan yang ditubuhkan selain JKKK namun macam tak ada apa-apa juga inisiatif atau gerak gempur bersepadu dari mereka.

Mana RELA yang selalu buat latihan sana-sini?

Rakan COP??

Yang ramai ialah orang-orang yang suka melepak di simpangatau kedai kopi atau karaoke-berborak a.k.a mengumpat-melalak-menghabiskan masa sampai lewat dinihari.

Kan elok kalau tenaga muda ini dikerah untuk meronda kampung atau paling tidak mengambil tahu sebarang kelibat lembaga asing yang cuba merapati atau lalu lalang kawasan kejiranan.

Entahlah, mungkin sekarang konsepnya ‘mind our own business’.

Atau terkena batang hidung sendiri baru nak menggelabah.

Huu.

5 thoughts on “PUKAU KEMUDIAN ROMPAK

  1. Salam, wah .. .
    susah ni mende2 rompakan..
    silap2 nnt bukan aje brg kene cekup,
    dara pn turut diragut.
    Polis nie selagi tak de kes selagi tue lea pandang sebelah mate aje…Pape pun, keep trying unt ketua kampung or pembesar tempat tu unt mengeluarkan arahan secara bertulis memohon agar ada someone drp phk berkuasa tu meronta. Lebih elok dicadangkan rukun tetangga ditubuhkan klu ade yg sukerela…

    -Andeh, Mambau-


    SNA: Herm. Good suggestion, tapi tulah, it takes two to tango.

  2. Dunia semakin maju tapi kita masih percaya kpd tahyul……mungkin itu lah kita org melayu…Polis mungkin sibuk buat serbuan pusat pelacuran kot?….hu..hu maklumlah skrg kn tgh heboh

    p/s: Encik Syahrul bile nk tulis tentang PMSI?

    SNA: PPSMI? Nanti-nantilah. Tak ada idea.c;

  3. tetap bangkit isu gambar~
    hehehe..
    thanx cuz sudi datang sarawak..
    n ajar adik2 kat sini..
    kami amat menghargai nya..

    SNA: Much oblige! Hee c;

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s