menopeng duka

Aidilfitri bakal berkunjung. Gema takbir nanti pasti meruntun hati. Tangisan sudah tiada erti. Yang pergi tetap akan pergi. Tidak akan kembali. Namun kehadirannya di sisi pasti amat sentiasa dirindui.

Aku redha akan kepergian. Tinggal lagi, bila dipukul beribu dugaan, aku tidak ada sesiapa untuk melepas tekanan, sebagai tadahan rintih dan sakit aku ini.

Aku redha akan kepergian. Tapi waktu-waktu ini pasti membunuh gembira. Hati aku sayu benar. Aku rindu. Aku mencari kasih untuk berpaut dan sayang untuk bermanja. Aku dahaga titip pesan dan nasihat darinya.

Aku redha akan kepergian. Tapi tiap kali aku ditujah cubaan, kemana harus aku adukan? Aku mahu suara ini didengar. Aku lemas. Terkapai-kapai.

Aidilfitri bakal tiba. Airmata sudah tumpah tanpa henti. Mengalir laju memandikan pipi. Rindu pada yang sudah pergi amat dalam sekali. Tahu bahawa akan menyambut aidilfitri bukan seperti selalu lagi lebih menambah derita.

Aku masih boleh tersenyum saat dihimpit beban ini. Aku masih boleh menopeng duka. Cuma sampai bila?

Allah, benarkan aku bernafas!

Benarkan aku menjalani kehidupan buat mereka yang masih tegar memberi ihsan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s