PAPADOM- Filem Wajib Tonton!

Filem yang dihasilkan oleh Afdlin memang tidak pernah mengecewakan. Serius! Malah filem terbarunya kali ini yang telah memenangi anugerah di Festival Filem Malaysia (FFM) termasuk Filem Terbaik dan juga pelakon lelaki dan wanita terbaik, adalah sebuah karya yang layak diangkat sebagai filem terbaiknya setakat ini.

Apa yang best tentang filem ini??

  1. Kelakar habis. Memang lawak-lawak yang disampaikan dalam filem ini menjadi,100% kelakar.
  2. Sedih. Sungguhpun hampir 70% daripada filem ini berunsur humor, tapi tidak dapat dinafikan nilai kasih sayang dan emosional yang dimainkan bisa menggugurkan airmata sesiapa sahaja yang menontonnya.
  3. Sindiran. Haha. Memang banyak unsur-unsur sindiran, antararanya tentang penggiat seni yang syok sendiri. Buat filem yang orang tak faham tapi masih berbangga dan menggelar diri sebagai pejuang seni. Sindiran yang amat tepat.
  4. Pelakon-pelakon yang mantap. Watak Saadom yang dilakonkan oleh Afdlin, Miasara oleh Liyana Jasmay, Munirah oleh Norkhiriah dan Mat/Wajib Tayang oleh Que Haidar merupakan satu persembahan lakonan yang sempurna. Kalau watak-watak ini dimainkan oleh pelakon lain, saya rasa filem ini takkan menjadi. Syabas buat barisan pelakon yang hebat. Korang memang super kelakar especially Munirah (yang selalu muncul sebagi roh) and Wajib Tayang (part assignment entitled ‘Eksistensi Sial’ memang lawak). Watak staf universiti lakonan Harun Salim Bachik juga tidak mengecewakan walaupun kehadirannya sekejap saja. Namun, lakonan Scha (Shasha) dan Farid Kamil(Hisham Hashim) nyata tidak mengesankan. Prof Balqish yang dimainkan oleh Vanida Imran pula terlalu biasa.
  5. Elemen perpaduan. Sempat juga Afdlin mengangkat nilai muhibbah dalam ceritanya kali ini dengan menampilkan watak-watak non-Malay seperti Alan (Pete Teo) dan Ali (Adam Malik) yang menjadi sahabat karibnya.Tapi, kalau diatur dengan lebih berkias lebih menarik kerana adakalanya nampak terlalu objektif. Walaubagaimanapun, penggunaan PAPADOM sebagai tajuk filem (dan juga makanan kegemaran Mia) dan perusahaan nasi kandar yang dijalankan oleh orang Melayu merupakan elemen unik dan subtle yang berjaya disampaikan. Tidak ketinggalan, watak Yvonne (gadis cina, lakonan Chelsea Ng) yang menjadi sahabat baik Mia menambahkan rencah 1Malaysia dalam filem ini.
  6. Hiburan. Kalau sebelum ini dalam filem Baik Punya Cilok Afdlin menggunakan wayang kulit sebagai elemen naratif tapi kali ini Afdlin menggunakan Boria pula. Walaupun kemunculan Boria tidak sekerap seperti wyang kulit dalam Baik Punya Cilok tapi tetap menghiburkan.

Cuma ada beberapa yang kurang sedap (minor mistakes) pada pandangan saya dalam filem ini;

  1. Casting yang kurang teliti. Contohnya watak Mia sewaktu kanak-kanak secara fizikalnya sangat jauh berbeza dengan watak Mia sewaktu remaja (Liyana).
  2. Watak tempelan yang sangat cliche. Contohnya watak Shasha (Scha) sebagai senior universiti yang gedik dan juga watak Hisham Hashim (Farid Kamil) sebagai Mat Romeo kampus boleh dikatakan agak basi dan kurang segar.
  3. Audio. Adakalanya skrip sukar difahami kerana tidak didengari oleh penonton. Sama ada masalah audio di pawagam atau dalam filem saya tidak pasti tapi memang ada sedikit gangguan audio.

Apapun, as a whole, saya amat menyarankan agar semua orang pergilah menonton filem ini kerana memang best gila! Saya pun kalau berpeluang mahu tengok lagi!wee.

Kesilapan-kesilapan kecil yang dilakukan masih  boleh diampunkan dan tidak menjejaskan kualiti cerita ini secara keseluruhannya. Semoga Afdlin terus berkarya dan menghasilkan filem yang lebih baik lagi!

Jom tonton PAPADOM!

p/s: ( 2 scene menarik dalam filem ini.hehe)

  1. scene intro: Afdlin dan Nurkhiriah menyanyikan lagu Negaraku. 
  2. scene ending: Liyana main teddy bear di baju Que.

4 thoughts on “PAPADOM- Filem Wajib Tonton!

  1. cter best..
    kne translate cter ni into english…tp ssh ar ble tyme afdlin ckp..
    slalu x dgr je…muzik jew lebih..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s