saksi

Menjadi saksi kepada pergaduhan sepasang suami isteri bukan perkara baru bagi aku adn aku yakin kalian juga begitu. Percakaran yang berlaku antara pasangan kata orang akan mengeratkan lagi hubungan mereka. Pun begitu, aku kaget sekali bila dianugerahi peluang dari Ilahi untuk menjadi saksi drama sebabak penuh emosi yang berlangsung dihadapan mata aku sendiri.

Unsur dramatik yang paling mengesankan kerana insiden hangat itu berlaku ditengah-tengah jalan raya (Jalan Wong Ah Fook) Johor Bahru dalam cakupan waktu orang keluar untuk makan tengahari.

Aku yang baru saja selesai memberi salam bagi menyudahkan solat Zuhur di surau berdekatan tiba-tiba mendengar jeritan nyaring lagi membingitkan seorang perempuan.

Aku dan beberapa jemaah lain bergegas keluar dari surau dan ketika itulah mata-mata kami semua tertumpu kepada sebuah kereta proton waja berwarna perak berhenti di tengah-tengah jalan dan kelihatan sepasang suami isteri sedang bergelut sambil diperhatikan dengan penuh cemas oleh anaknya (dalam lingkungan 8 tahun) yang sempurna berpakaian seragam sekolah rendah.

Keadaan bertambah huru-hara bila wanita terbabit keluar dari perut kereta dan berbaring sambil menghempas-hempaskan badannya di atas jalan raya. Sang suami pula tidak mahu kalah dan terus keluar dan menarik semula si isteri ke dalam kereta tapi tidak berjaya.

Adegan penuh aksi itu pastinya menarik perhatian sekalian manusia yang lalu lalang di kawasan sekitar. Berlangsung sehingga kurang lebih 20 minit dan disuraikan oleh 3 anggota polis.

Drama itu belum berakhir tapi aku sudah mahu memulakan kerja. Aku tinggalkan tapak kejadian dengan harapan semoga mereka berbaik semula walaupun kedengaran si isteri seolah memberontak tidak mahu pulang kerana bimbang dipukul sang suami dan beria mahu dilepaskan.

Pointnya?

Dunno lah. I’m ok if you guys wanna have arguments or fighting or wrestling or wutever it is. But please allocate some sympathy to your children. Or at least find a suitable place (I would suggest your home, if you have one) rather than exhibiting your marriage confilct to public. No good lah.

And please, dun cerai-cerai lah. Pity your children. There must be ways to get out from the dispute. Believe me.

Heh. Sibuk pulak aku rumah tangga orang nih. Ok lah. Chow!

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s