PINTA saya

-serasa seperti seorang manusia yang berjuang di saat nyawa hampir terputus dari badan.menulis ibarat mengagih harta peninggalan kepada zuriat keturunan.semacam diri disalut mewah dan kekayaan.

-bukan itu tujuan.maaflah kehadiran entry ini secara betiba-tiba dan tidak diundang.saya menunaikan permintaan.saya tahu tanpa ini juga kamu semua ok-ok saja.kan?begitulah yang saya harapkan.

-ramai antara kamu yang saya tidak kenal,mungkin separuh mungkin kurang atau lebih.saya tidak pasti.tapi ada juga yang sempat saya kenal dan bersama-sama saya di saat saya masih punya masa dan kudrat melewati hari-hari suka duka yang bersulam-sulam.

-kalau saya hadir nanti, andai ada peluang dan umur panjang, pasti ramai mata-mata memerhati tanda janggal kerana saya tidak selalu disitu. Di tempat yang saya pernah huni dulu.

-orang kata, kalau berjanji dan hanya bercakap semata-mata, semua orang pasti boleh laksana.maafkan saya, saya pernah berjanji dan saya kini memungkiri untuk kembali berbakti dan memberi kepada yang sudi. maaf, saya pesalah dalam hal ini.

-buat teman-teman, yang sentiasa bersusah payah dan masih mengotakan janji berjuang sedayanya membentuk adik-adik.terima kasih saya ucapkan. maafkan saya juga kerana tidak merasa susah kalian bersama.maaf ya?

-khas buat orang yang paling banyak membantu saya dalam hidup dan debat, Abang Bard, di ketika pasukan bersiap siaga dan bertungkus lumus untuk bertempur, saya tidak disana dan menyertai jentera. sekurang-kurangnya sebagai penonton setia atau penjaga masa?wee.(maaf)

-adik-adik yang bakal berjuang,pinta saya, jangan jadi seperti saya ya?apapun yang telah, sedang dan akan anda tempuhi, senang atau sebaliknya, beradalah disitu ditempat dimana anda ada sekarang ini.

-berikan apa yang anda ada, masa dan tenaga, jangan disimpan-simpan pula.gandakan usaha, tetapkan matlamat, agar tidak sesat.

-kalau boleh saya kongsikan, terlalu banyak perkara dalam debat yang saya berangan-angan mahu capai, tapi lima tahun setengah saya mencuba, saya gagal.gagal untuk menghadiahkan universiti pasukan terbaik,gagal juga menjadi pendebat yang outstanding. masa yang lama saya cuba dan mencuba, saya kecundang.kecundang.

-pinta saya, jangan jadi seperti saya.jangan dihujung-hujung usia anda dalam debat ini anda menyesali kerana tidak banyak yang anda boleh berbakti.luas maksudnya bila saya kata berbakti.paling utama setia dan berusaha memajukan diri.bersatu hati dan bersama-sama menaikkan nama universiti.

-banyak silap dan dosa yang saya telah buat.melanggar prinsip hidup dan debat mengakhirkan saya ditempat yang saya tidak mahukan. anda mahu begitu?tentu tidak.jadi pinta saya jangan jadi seperti saya.

-ikhlas dan jujurlah dengan apa yang anda lakukan.bukan paksaan.bukan anutan.ini tempatnya anda akan kenali dunia dan hidup seisinya. anda wajib menghormati ilmu yang anda pelajari.wajib.secara automatis anda akan menghormati pemberi ilmu,siapa pun.percayalah.

-debat ini juga bukan berhenti kala anda menamatkan pengajian di universiti. Ia perlu melepasi batas itu dan anda, kalau anda betul menyayangi debat ini, andai anda merasai debat ini memberi sesuatu yang bermakna dalam hidup anda, teruslah berjalan beriringan bersama dengan pemain-pemain baru yang bakal menyambung perjuangan suci ini. boleh?

-pertarungan minda yang berlangsung tidak seberapa lama itu hanya pentas untuk mematangkan anda. anda perlu belajar.lebih sakit, lebih baik. jangan manjakan diri dengan pujian.jangan beralah pada masalah. jangan!

-anda semua kena kuat.kena tabah.jalan-jalan debat ini tidak menjanjikan manis-manis sahaja.banyak pahitnya yang anda terpaksa telan.pahit itu jangan dibuang.itu baik itu menjadikan kamu insan dalam perdebatan.

-saya mendoakan yang baik-baik saja untuk kalian nanti. Insya Allah, segalanya akan dipermudahkan. bertanggungjawablah dengan diri dan ilmu yang anda timba setiap hari.bertanyalah andai ada yang mengusutkan dada dan fikir anda. mereka semua yang ada disana sangat reliable.jangan segan silu, jangan malu-malu.soalan-soalan yang membelenggu harus segera diaju.

-ini sahaja yang mampu saya hadiahkan.sebuah entry dan ucapan.titip pesan dari seorang manusia yang pernah melalui apa yang anda lalui tika ini.kalah atau menang nanti, anda tetap pejuang hakiki, yang berani mengambil amanah untuk melonjakkan nama universiti.anda perwira dan srikandi.

-buat anda yang bakal berjuang, ingat, jadi kuat!

-buat abg bard dan teman-teman, teruskan bersemangat!

-saya minta maaf ya?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s