CINTA

Saya tidak pasti mahu namakan entri ini sebagai apa. Akhirnya saya pilih CINTA, mungkin sesuai atau mungkin tidak dengan kandungan yang sedang menenggek dalam fikir saya.

Ada orang kata, kalau pendebat dan pendebat bercinta (atau berkahwin), pasti riuh dan kecoh, tiada siapa yang mahu mengalah. Asal ada yang mencadang pasti ada yang membangkang.

Kan bagus begitu sebenarnya, kalau dua-dua mencadang dan dua-dua membangkang di mana sudahnya nanti? Hidup kita secara umumnya juga perlu begitu. Baru harmoni. Itu namanya toleransi. Bahwa cadangan dan bangkangan harus berhenti pada titik di mana kedua-dua pihak mencapai satu persetujuan, biar ada yang perlu berkorban, yang lebih penting di kemuncak telingkah akan ada bahgia yang menjengah.

Masalahnya ialah apabila proses cadang-bangkang ini tidak dinoktahkan. Maka akan berpanjang-panjangan.

Di Copenhagen baru-baru ini juga tiada apa yang boleh kita harapkan walaupun banyak perbincangan dijalankan bagi menyudahkan isu perubahan cuaca. China tidak mahu menurunkan kadar pelepasan gas rumah hijau jika negara-negara maju seperti negara anggota EU dan Amerika Syarikat tidak mahu bekerjasama. Dan itulah juga hujah dan pihak negara-negara maju. Akhirnya apa yang dicapai? Sudah banyak kali kita bersidang, sini cadang sana bangkang, sana pula cadang sini pula bangkang, sampai bila??

That’s why, we need agree to disagree.

Isu kerajaan dan pembangkang di Malaysia juga tidak pernah ada surutnya. Malah semakin dekat kita dengan tahun 2020, semakin tampak jelas politik Malaysia yang bertemakan caci maki dan serangan peribadi sesama sendiri. Rakyat pula menjadi penonton setia yang sudah jelak dan muak menyaksikan drama basi yang serupa dihidang berhari-hari.

Jauh kan saya mengarut?Tidak. Inilah kisahnya kalau proses cadang-bangkang tidak dinoktahkan. Benar masing-masing punya pendirian dan pendapat.

Benar, adakalanya ada sahaja perkara yang boleh membuat kita rasa tidak senang. Kita boleh cadang, orang boleh bangkang dan begitu juga (sepatutnya) sebaliknya. Supaya harmoni. Itu namanya toleransi.

Cumanya biar ada titiknya. Titik maksudnya disudahkan demi kebaikan semua. Proses itu boleh berlangsung berkali-kali. Tidak apa.

Bercinta juga begitu. Selalu saja terjadi benda yang kecil-kecil juga menghiris hati. Lebih jauh dan lebih dalam sayang dan cinta, maka semakin cepatlah kita terasa.

Ada sahaja yang dicadang dia mahu dibangkang kita, akhirnya bermasam muka dan tak bertegur sapa. Lebih sedih, kalau perhubungan yang cukup istimewa itu berakhir begitu saja.

Kerana proses cadang-bangkang tidak dinoktahkan. Tidak ditemukan dengan jalan penyelesaian. Dan masing-masing membawa pendirian yang mereka sendiri sahaja faham.

Siapa pun kita, dengan siapa pun kita bercinta, proses ini semua orang akan lalui. Percayalah. Cinta terhebat Laila Majnun dan Shah Jehan Mumtaz juga saya pasti punya detik berkelahi.

Yang penting, cinta yang ditanam itu harus bugar, harus mewangi dan segar. Biar sukar.Biar beronar.

Oh CINTA!

6 thoughts on “CINTA

  1. Salam abang bonat, I do agree with your writing.🙂

    Sebab tu dalah debat kita ada kalah-menang. Dan selalunya yang menang adalah yang lebih baik. Kalaulah cadang-bangkang tidak bernoktah, sampai bila harus kita telagah? Hidup ni macam tu lah. Harus ada satu kata putus kedua belah pihak.🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s