Tahun Sahaja Yang Baru.

Ya, 2010. Sudah 2 hari bermula. Meninggalkan tahun 2009, yang penuh masam manis. Ini entri pertama pada tahun ini. I posted a status on Facebook “ Should I make a new resolution or just renew the old one?” just now (few minutes ago) because as of this writing I am still uncertain or (rephrase: wondering) why we have to have new resolution every year?

Is that a must?

Pasti bukan satu kemestian. Kerana azam hanya tinggal azam yang diucap di awal tahun dan disesali akhir tahun (kerana tidak ditunaikan). Sama ada kita memulakan pada Masihi atau Hijrah, azam sekadar ucapan.

Sudah sejam saya disini. Di kafe siber yang hampir semua pengunjungnya terdiri daripada kanak-kanak yang saya pasti di bawah umur 13 tahun. Dan ini bukan kali pertama saya memerhati gelagat mereka. Sudah berkali-kali.

Mungkin perlu saya ceritakan sedikit tentang  kafe siber  ini. Dulunya terletak betul-betul dihadapan sekolah (sekolah rendah). Budak-budak balik sekolah pasti singgah dan menghabiskan masa paling tidak sejam dua. Guru besar marah dan pusat internet ini pun berpindah, kurang lebih 150 meter dari lokasi asal.

Pengunjungnya masih sama. Meriah dan masih terdiri daripada kanak-kanak sekolah. *(guru besar sekadar melepas batok di tangga)*

Anda pun sudah boleh menduga, apa yang dibikin anak-anak kecil ini-ya, main permainan komputer (dan/atau internet). Entah apa namanya, saya pun tidak arif. Tidak pernah dan tidak berminat untuk mencuba. Mungkin kerana faktor usia.Hehe.

Bermain sambil jari menghentak keras keyboard, mulut juga menghambur keras kata-kata yang kurang menyenangkan (caci maki). Menjerit-jerit sehingga hilang suara.

Saya terfikir juga, sudah dua hari kita merasa angin 2010, agak-agaknya apa yang ada dalam fikiran mereka? Azam apa ditanam dalam hati?

Mungkin pada mereka, Tahun Sahaja Yang Baru, yang lain masih sama. Masih boleh bersuka-suka.

Pada kita pula apa makna tahun yang bertukar ganti ini? Kita sambutnya semeriah mungkin, berpesta dan menari, berpeleseran  sana-sini. Orang pasang azam kita pun mahu pasang juga. Lalu azam bukan lagi iltizam, azam adalah ikut-ikutan.

Saya takut setiap kali tahun baru. Kerana Tahun Sahaja Yang Baru. Kita masih lama. Bumi pula kian tua. Kita bergerak bersongsangan dengan usia. Dan itu menakutkan saya.

And yes, this entry is not for you, so don’t get offended. Its for me, only. To remind me that I’m getting older. Too old to just sit and do nothing.

To all, Selamat Tahun Baru.

4 thoughts on “Tahun Sahaja Yang Baru.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s