JARGON

Aku diberi sebuah buku oleh seorang teman yang aku panggil Abg Tra. Aku baru sahaja menjumpai blognya dan terus jatuh cinta. Entah kerana apa.

Buku itu tajuknya JARGON 1. Aku kaget awalnya. Diberi tanpa pesan tanpa tutur lisan. Aku baca. Kerana tertera nama-nama yang aku kenal. Aku teruja. Shak Hassan dan Tramizi Husin juga turut mencalit warna pada buku tanpa warna.

Aku jadi begitu teruja. Aku belek laju-laju.Sekali lalu. Aku baca. Beberapa lines dalam tulisan-tulisan mereka seolah membutakan. Menggelapkan.

Aku jadi takut. Ianya gelap. Ini apa sisi lain dalam jiwa mereka?

Apa mereka sedang mencipta sebuah kota misteri tanpa api? Yang giat berurbanisasi? Yang gelap lagi sunyi.

Aku jadi takut. Tapi, aku baca lagi. Aku jadi suka pula.

Pada lenggok bahasa, pada vocabulary yang langka diguna dan ditutur orang-orang biasa. Benarkah aku suka pada tulisan mereka atau ianya hanya beralas pada reason:aku kenal mereka?

Tapi tidak lagi setelah membaca beberapa tulisan mereka yang begitu menakutkan. Takut dan suka bertukar-tukar. Pada jeda masa yang singkat. Tanpa signal tempoh. Tanpa warna.

Dan itu gelap. Bukan putih. Jauh dari kelabu. Itu gelap, malah pekat.

Aku jadi lemas. Aku katup buku putih hitam yang penuh dideko dengan gambar-gambar aneh, dan menakutkan.

Dalam 25 minit perjalanan aku balik ke kampung, aku jadi berfikir-fikir. Tertanya-tanya.

Kenapa ada tikanya aku masuk dalam kota misteri itu. Kan aku takut gelap? Kan aku dalam kabus faham? Aku pujuk dengan mengatakannya; it’s momentary!

Tapi Tuhan, tolong jangan biar aku liar dalam kota misteri tanpa api yang sedang gigih mereka ciptakan.

2 thoughts on “JARGON

  1. maaf.. agak lambat menyinggah..
    jargon kamu lebih berperisa dan berjiwa..
    tunggu buku yg dijanjikan siap..jgn dilupa janji itu..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s