YANG mana SATU?

Soalan yang bikin aku jadi konpius. Pada tema alam. Seharusnya bagaimana kita patut memulakan. Maksud aku hidup ini. Setelah siap kita membina satu (sebuah) bangunan bertingkatkan ilmu penuh diisi humility (pada awalnya), ke mana kita?

Dinding bangunan ilmu itu tidak kukuh, boleh (malah) sesekali sudah roboh. Kita bina kembali hanya dengan keyakinan diri yang tak lah setinggi mana. Sesekali termotivasi.

Kan orang banyak memberikan makna hidup ini berdasarkan persepsi. Kan banyak dalam kalangan kita yang mudah bermegah diri kerana konon sudah cukup serba serbi.

Aku adalah manusia bukan pilihan. Dalam apa jua keadaan. Tidak dipilih dan bukan dalam senarai pilihan. Maksudnya, paling habis (jauh) aku boleh pergi, sebagai pilihan kedua.

Oh kerana yang pertama (pilihan) sudah habis disapu. Maka aku tertinggal (kan?).

Selalu lah macam itu. Selalu saja aku ketingggalan (bukan ditinggalkan).

Manusia lekas saja menapakkan satu demi satu jaya. (pada hemat kebanyakan orang).

Aku dipandang ala-ala sahaja. Haish, setiap entri aku pasti ada kan benda-benda macam ini? Haish, sudah lama mahu buang, tapi kecundang.

Tak, aku bukan mahu dipandang senang (dalam aku susah). Aku orang susah. Dan masih susah. Cuma entahlah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s