NOMBOR ‘n’

Nombor. Number.  Bango (Japanese).

Saya mahu cakap pasal nombor.

1, 2,3,4,….,n. n itu infiniti (infinity) kan?

Maka demikian bermaksud, tidak sudah. Tidak mati. Itu yang saya ingat waktu belajar ilmu hisab dulu.

Saya benci nombor. Sebab itu dapat nombor corot dalam kelas, tiap kali periksa. Saya gagal dalam kira-kira. Langsung tidak tahu. Rasa kosong. Dan kosong itu juga nombor. Eh, bukan.

Empty is not a number. But zero (atau ramai suka sebut ‘O’), is.

Saya baca sikit pasal number. Nombor yang kita guna sekarang gabungan Hindu-Arab. Itu fakta yang kamu semua boleh baca sendiri nanti. Banyak lagi.

Tapi saya mahu tahu pasal apa nombor wujud. Untuk mengira jarak, masa, dan mungkin tinggi rendah.

Dan biasalah, nombor juga mengalami revolusi. Silap. Evolusi ek sebenarnya?Apa-apa sahaja.  (Takut ramai yang membaca ni penulis buku dan mungkin penulis blog tersohor! Tolong betulkan.)

Dan bahasa seperti itu juga (ada fasa yang membuat mereka berubah).

Saya masih percaya kerana manusia, kita, mahu jadi pandai dan memandai. Asal bahasa untuk berkomunikasi kita jadikan pula (k) tool untuk caci maki. Hasut. Fitnah.

Nombor tidak lepas. (at least from my very humble opinion), sudah berkembang. Dan disalahguna. Macam dadahlah. Asalnya mahu buat ubat. Lama-lama jadi pengkhianat.

Nombor orang dulu guna untuk kira dan hisab kita pula (k ) guna untuk jadi bukti bangga dan jaya. Sebab begitu dunia mengajarkan.

Dan mungkin sebab nombor pun begitu. Berurutan (berturutan). In order. Mesti satu mula, tapi habisnya di mana? Tak tahu kan. Maka demikian kembali, infiniti.

(boleh sahaja kan nombor tidak mengikut susunan?)

Macam dalam periksa dan ujian, mesti mahu diletakkan nombor-nombor. Tujuannya; supaya kita terasing dan terkelompok.

Kita label dan cakap. Itu budak pandai (dapat nombor satu). Itu budak-budak (kelas pandai), sebab kelas nombor satu. Pool lain; dalam kelas pandai itu, yang dapat nombor satu; dia paling pandai. Nombor satu dalam kelas yang bukan pandai?

Haish. Nombor. Itu bukan ayat saya. Ayat kita semua. Kerana nombor bukan lagi untuk mengira tapi membanding. Saya ingat (selalu) guna perkataan saja untuk buat banding tara; tapi ramai dalam kalangan kita; guna nombor.

Masa ambil result periksa pun orang tanya; berapa A?

Berapa A1?

Berapa rujukannya nombor. Banyak maka menang, pandai. Sikit maka kalah, bodoh. Oh, sekarang nombor tidak berturut, yang dapat banyak nombor bukan lagi corot.

Kreatif kita guna (exploit) nombor.

Negara juga mahukan begitu.  Pada apa jua lapangan, mahu yang di hadapan. Mahu jadi nombor satu. Integriti ke, daya saing ke. Atau mahu jadi yang mula-mula.

Company pun lebih kurang. Canang angka dan nombor.

-Broadband nombor 1 di Malaysia. (pioneer atau leader?).

-Radio nombor satu di Malaysia.

Manipulasi atau eksploitasi (mana satu betul?)

Kalau graduan yang baru habis belajar dan baru dapat kerja. Apa yang mereka risau-risaukan? Gaji kan? (akulah tuh.eh, baru ke?)

4 angka atau lima angka? Siapa lebih berjaya; ukuran mereka mudah; yang dapat banyak angkalah.

Yang tengah belajar pun, sebab mahu banyak digit dalam akaun simpanan, maka banyak buat kerja bukan-bukan.

Saham. Pelaburan. Skim Cepat Kaya. Sebab mahu cepat membilang angka supaya dipandang berjaya, lebih-lebih lagi pada usia muda.

Kalau MLM, orang akan menghitung bilangan downline pula. Haha.

Yang banyak saya bebelkan ini, satu saja yang saya nak cakap. Kenapa perlu hidup ini dilayan bagai sebuah pertandingan?

Saya tahu kamu dan keluarga kamu berjaya. Tapi janganlah bandingkan dengan saya yang bukan siapa-siapa ini. Atau desak saya supaya jadi jutawan segera.

Jangan. Ini buat saya dan ramai orang malu kalau punya kerjaya bukan popular dan menguntungkan. Bagaimana kalau di situ letaknya hati mereka. Biarlah kecil, sedikit, tapi menggembirakan.

Kalau pertandingan , tidak apa. Ada Johan dan Naibnya. Ada menang ada kecundang. Kalau semua perkara pun begitu, susahlah.

Dan kenapa pula ramai yang rasa menang bila lebih banyak gaji, kereta, rumah berbanding orang lain? Sejak bila pula ada pertandingan mengumpul harta.

Itulah. Sebab malu diejek-ejek. Ramai yang ambil jalan pintas. Buat kerja haram. Yang penting mahu menang; dengan nombor. Hah, ada juga yang berjudi, cuba nasib main nombor (ekor).

Mahu pakai Blackberry, I-phone dan kerete mewah sedang tak mampu. Sebab takut dikata orang.

Kan semua pasal nombor. Berapa harga handphone kamu, baju dan jeans kamu?

Sudahlah. Saya yakin hidup ini bukan untuk bertanding. Dan membanding. Hidup tentang apa yang kamu mahukan. Yang tidak melanggar peraturan Tuhan.

Hidup ini bukan dunia sahaja. Kejar impian dan cita-cita. Moga dunia dan akhirat, kita mengecap bahagia.

(kalau mahu bernombor, bagaimana dengan ‘n’?)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s