MOMEN KEBENARAN, CINTA HATI DAN ‘I LOVE YOU’

Saat ini air dari mata memancut keluar, terus ke lidah, ku rasa masin. Seperti air laut. Lagi jatuh. Ke lidah lagi, kali ini pahit. Sekali lagi, dan tiada rasa, bukan tawar, tapi memang tiada rasa.

Hati, foggy. Dan sandy. Padanya ada silikon yang menggeser. Silikon itu terlakur million rasa. Rasa cinta aku pada dia yang sombong itu, dan rindu, dan sendu. Sebab dia buat tak tahu. Macam batu. Macam aku ni hantu, halimunan.

Kalau cinta aku bangunan, Boleh ukur dan tangible, kan senang. Dia boleh pegang, dia boleh banding. Lebih banyak calar pada langit biru yang dicakar bangunan cinta aku, lebih mudah kan aku diterima sebagai teman dalam taman hati dia??

Silicon yang berbiji dan masih menggeser itu kerana separuhnya aku peram. Dalam. Separuhnya dulu pernah aku luahkan. Tapi macam tereram juga. Sebab silicon itu tidak jadi pula manik-manik cinta dalam hati dia yang entah apa buatannya. Keras. Sehingga tidak terlutkan, ditembus sukar.

Cinta hati, ini momen kebenaran, seperti yang aku cakapkan pada kau dulu. Yang aku benar mahu jadi separuh daripada hidup kamu. Melalui kiriman sms dan panggilan telefon.

I LOVE YOU.


Janganlah tanya mana aku kutip bongkah-bongkah rasa ini. Aku bukan pencuri. Macam kamu. Kau curi hati aku, lepas tu, berlalu. Macam tu (sambil petik jari, dan pastikan berbunyi) saja!

Tapi ditolak, dibuang atau tidak dipilih tetap buat aku happy (sambil seka air dari mata). Sebab pastinya kebeneran ini constant; happening all the time. Tidak berhenti saat aku mengucapkan. Dan tak kan habis kalau aku tuliskan, macam entri ini.

Takkan basi, dan tak termakan kalau aku simpan. Sebab pasir-pasir silikon yang kau kata murah ini, biar menggeser dan memedihkan, tapi aku tetap suka dia tinggal disitu, dalam hati, dalam kapilari, dalam nafas, dalam darah, biarlah nanti kalau dia menyumbatkan dan menjadikan diri aku totally broken pun.

Kerana ini, cinta hati, momen kebenaran; I LOVE YOU. ya, kamu!

3 thoughts on “MOMEN KEBENARAN, CINTA HATI DAN ‘I LOVE YOU’

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s