bengis tangis seorang lelaki

apa kau lupa. petang itu, aku dan kau saja.berdua. hujan turun semahunya.seakan memberi tanda, akan terbit hujan airmata dari pertemuan itu. pertemuan yang kalau aku tahu begini sudahnya, aku tidak pergi.

kau tanya siapa engkau di hati aku. gila ke?kau tak nampak sungguhnya aku cinta dan sayang kat kau?! kau pun tahu kan aku sayang kau.kau tahu, aku tahu kau tahu.aku tahu.

aku sedih.bila hujan reda.bila aku sudah bagi jawapan (yang aku pun bohong waktu itu), kau blah macam tu je.tanpa cakap apa-apa. perempuan, aku sayang kau.kau tahu kan?

seminggu lepas tuh, aku tahu kau dah jadi tunangan orang. sampai hati. kalau aku cakap waktu tu aku benci kau pun takkan kau nak percaya. tak mungkin kan aku tak suka kau?

kau tahu kan banyak masa kita lalui sama-sama. aku kongsi macam-macam dengan kau. kita berhubungan lebih dari kawan. bezanya, aku tidak pernah isytihar satu dunia, aku milik kau, begitu juga sebaliknya.

kau kata aku tak serius. kau mahu lelaki yang betul-betul mahukan kau. tapi takkan hanya kerana jawapan aku pada petang tu kau terus decide nak kahwin dengan dia?

takkan serius pada kau ialah bila aku hantar rombongan meminang? kau tahu aku dan kau baru je masuk U waktu tu kan?

memang aku ada pasang angan-angan, mahu jadikan kau pendamping hidup aku. tapi, bukan waktunya lagi untuk aku dan kita tempuh semua tu.

sekarang kau bahagia.punya keluarga.punya dia.

aku? jadi lelaki yang hampa. entah mungkin membujang sampai tua.

kau tahu dalam hidup aku ni, aku betul-betul nangis 3 kali…

satu, bila mama pergi tinggal kami adik beradik, dan paksa kami berdikari.

dua, bila abah pergi sahut seruan Ilahi.

dan tiga, bila kau pergi dan kahwin dengan lelaki lain.

sampai sekarang pun, kalau ingat balik.aku mesti nangis lagi.macam sekarang ni.

perempuan. kau sekarang seronok menjamu cinta dan bahagia. aku masih mengharap.

aku tahu tidak mungkin,tapi entah, hati aku ini bagai dipaku dengan cinta kau yang kuat tuh.

sampai, siapa pun mengganti, takkan sama dengan kau.

kalau lah aku bijak waktu itu. kalau lah aku berani saja lamar kau waktu tengah tak ada apa-apa saat tuh.kalau lah..

cinta buat aku sewel sampai aku kena tulis entri ni, baru lega, jangan risau, kau dan family, aku tak kacau!

2 thoughts on “bengis tangis seorang lelaki

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s