Belajar Berubah!

Ada beberapa kerat ayat yang dari malam tadi berjalan-jalan dalam kepala otak, tak sempat lagi aku keluarkan. Ada beberapa perkara yang aku lalui lewat hari-hari belakangan ini, aku rasakan sungguh peribadi.

Di tempat kerja. Di rumah. Bersama kawan. Atau seorang. Setiap venue pasti membekaskan pengajaran yang aku syukuri kerana selalu dikurniakan Tuhan. Untuk belajar dan berubah.

Acap juga kita dengar orang kata hidup ini perjalanan bukan destinasi. Kalau tidak berdestinasi, mudahnya tidak berhaluan dan bertujuan. Jadi, perjalanan hidup yang panjang ini, mudahnya juga, banyak orang siakan.

Kerana percaya, tiada apa yang dituju, yang memaksa langkah untuk terus maju.

Paling penting, pada hemat aku, yang serba kurang ini. Banyaknya kita, tidak lagi menjadikan hati seiring dengan kata-kata dan tingkah laku.

Banyaknya antara kita, selalu saja selesa melakukan salah silap dan dosa, kemudian tidak timbul walau sekali pun rasa berdosa. Selalu saja kita, kalaupun rasa insaf dan muhasabah, tapi sekejap saja. Kemudian lupa. Lagi, ulang kembali kesalahan yang sama.

Sudahnya, kita akan berakhir di mana?

Ramaikan antara kita, tidak senang melihat orang senang, senang melihat orang susah? Lebih ramai lagi yang mudah rasa bangga dengan segala yang ada, walaupun tidak dapat segala-galanya.

Ada juga, yang ramai, tidak bersyukur, meminta yang bukan-bukan. Malah, lebih teruk, menyalahkan Tuhan kerana merasakan diri serba tiada.

Kawan, hari-hari yang kita lalui ini, adalah sebenarnya peluang dari Ilahi. Agar kita menginsafi. Menyerah diri. Menumpahkan kasih abadi. Cinta suci.

Buat Dia. Hanya Dia. Yang Maha Perkasa. Maha Esa.

Peluang akan sentiasa ada. Dia Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Biar banyak kali kita melupakan Dia, tapi Dia sentiasa membuka pintu taubat buat hamba-Nya.

Ini entri buat aku. Keluh kesah dari kisah seorang hamba berdosa yang belajar untuk berubah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s