HIJRAH

Mendengar sahaja azan Asar pada tanggal 6 Disember lalu, iaitu pada hari Isnin, berpusu-pusu antara kita mencari-cari doa akhir tahun.

Doa pada Tuhan, moga semua dosa yang terhimpun, diampun.

Menjelang Maghrib, doa awal tahun pula dibaca. Dengan penuh harap dan cita-cita kita semua menginginkan tahun yang lebih baik, yang banyak mendatangkan pahala.

Maghrib berlalu dan sekarang sudah 2 Muharam kan? Oh, silap sudah 3 Muharam. Sudah 3 hari berlalu. Cepat, macam kilat.

Dan kita masih terkulat-kulat. Azam terkalam ke mana tenggelam?

Masih muda. Masih awal. Itulah baris-baris ayat yang diatur saat kita bercakap soal melaksanakan azam. Soal mahu berubah dan menjadi insan.

Dan paling biasa didengar, adalah perkataan at least, sekurang-kurangnya. Saya juga selalu guna. Sebagai pertahanan terakhir bila diasak-asak tentang status perubahan.

Betullah, kita tidak layak menghakimi sesiapa. Tapi yang salah betul, yang hak batil, semua orang maklum. Kalau ada yang tidak kena, kita ada tanggungjawab untuk tegur.

Jangan takut dinasihat. Terima dan fikirkan, kemudian semat.

Siapa pun. Saya dan kamu semua. Adalah manusia. Terikat pada syariat. Hentikan melabel orang, tapi bantu mereka.

Agar kita semua, boleh sama-sama Hijrah.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s