Nota Buat Kamu

Pukul 6.45 petang. Maghrib hampir tiba, Asar?

Aku bergegas ke surau lelaki tingkat satu. Berwudhuk. Solat. Pohon doa pada Tuhan. Agar semua doa aku Dia makbulkan. Dalam-dalam doa, terfikir-fikir juga tentang dia. Apa khabarnya? Benarkah masih bertasik kasih yang pernah putus dulu?

Hujan lebat. Lebih lebat dari yang aku jangka waktu dalam pejabat tadi. Lebat hujan diselang dengan amuk angin yang ada tikanya menghantar tempias ke muka. Sejuk. Gigil.

Aku biarkan sahaja tempias-tempias hujan membasahi hampir tiga suku wajah. Biarlah kalaupun semuanya terjajah. Biar basah.Biar airmata yang jatuh akan dianggap titis hujan yang singgah.

Ini jauh lebih nyaman dari limpahan airmata yang sebolehnya aku elakkan.

Sesekali, dalam lamunan yang baru bermula, aku lihat lopak-lopak air di hadapan kereta CIVIC perak seakan membentuk raut wajahnya yang ayu itu. Bujur telur. Tidak cerah, tapi manis.

Wajah yang aku selalu tatapi 9 tahun lalu itu makin besar dan seakan melafazkan kata-kata cinta yang aku damba. Dalam hela nafas yang bergetar, aku balas dengan senyum separa bersama airmata yang seiring lebatnya dengan hujan yang belum ada tanda mahu reda.

Aku mahu waktu itu kembali. Aku mahu rasa sejuk kasih dan cintanya. Aku mahu diberi hati itu lagi. Aku mahu hidup aku dimandikan perhatiannya yang tiada sudah. Apa bolehkah rasa yang pernah ku rasa dulu bersama dia disatukan lagi?

Awan semakin menggelap. Kepul-kepul awan berat yang sarat seolah menukilkan beberapa ayat. Membujuk agar aku lebih kuat.

” awak mesti boleh cari pengganti.cinta awak suci. doalah pada Ilahi”

Dalam pasrah, ada gempa guruh yang cuba membunuh  wajah rindu yang bersilih ganti dengan kenangan manis yang elok bersemadi dalam kalbu. Aku tahu, kasih yang sudah hilang nyawa, masakan boleh menghadiahkan tawa?

Dan aku faham, cinta yang sudah mati, tidak elok ditangisi dan diratapi.

Hujan masih lebat. Dan hati masih sayat. Dua-dua adalah rahmat.

Bersama cerau hujan, dan kacau perasaan yang tegar berluyutan, aku doa buat sekian kali agar cinta kita kekal dalam ingatan, sungguhpun tidak disatukan.

One thought on “Nota Buat Kamu

  1. nota ini untuk si dia yg aku kenal ke???
    kalau ye….. tunjukknlah yg ko kasih dan syg kt si dia….. mungkin cinta yg 9 thn lalu antara korang tu masih hidup….. berterus terang tak salah…. mana tahu second chance nie akan membawa bahagia….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s