semalam

saya sangat percaya pada qada dan qadar Tuhan. saya sangat berpegang pada fahaman bahawa segala sesuatu bersebab. saya sekuatnya menganuti konsep, what goes around comes around or what you give you get back.

saya hidup dan membentuk acuan peribadi berdasarkan perkara-perkara tersebut. hari-hari yang sudah, or simply semalam yang saya lalui menjadi sesuatu yang amat saya rindui. tapi lebih banyaknya, saya tangisi.

dalam banyak perkara, soal hidup mati, soal masa depan dan soal cinta. saya selalu membisikkan (kuat-kuat) dalam hati, apakah aku sudah melakukan perkara yang patut?

atau semalam itu satu kesilapan??

pandangan manusia memberatkan bahawa aku sudah jauh tersilap dalam mentafsir manusia dan hati mereka. kata-kata mereka membuatkan aku  dalam rasa yang, entah-bersalah?

seolah-olah, konsepnya, kau sendiri yang salah, jangan tunding jari kat orang lain plak. Oh begitu.

dulu-dulu, waktu kurang matang, yang banyak aku fikirkan adalah perasaan orang. aku tak mahu jadi penyebab orang sakit dan merana. tidak mahu panjangkan cerita. tidak mahu jadi setan hanya kerana cinta.

kalau aku salah anggap, maaflah. kawan, tapi sakit aku ini, hanya Tuhan yang tahu. sungguh jauh dalam hati aku, aku sudah maafkan (kalaupun itu kesalahan). dan aku juga banyak belajar tentang kelemahan diri.

menjadi orang seperti aku beginilah. jiwa tak tentu pasal. suka datang, benci pergi.

tapi ini soalnya hati. tentang luka yang berbekas. dan masih ada selaut kasih yang aku biar ombaknya mengusik hati sekali sekala. masih ada.

tapi, layakkah?

mahu ku pungut kasih yang telah ku curah.

dan siapakah pula aku yang bijak menghukum dan menghakimi manusia, sedang aku subhanallah tidak kurang bergelut membersihkan noda.

yang semalam, yang aku rindu, yang menjadi hati ini lebih kenyal walau dalam sakit, yang membancuh sedar dalam tangisan, yang membuatkan , kamu terpaksa aku tinggalkan.

2 thoughts on “semalam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s