SIAPA TUHAN KAMU?

I am pretty confident that most of you can answer that question, right?

You have your faith, your own beliefs. We can answer it now but how sure are we that we can answer it eloquently later; in hereafter?

Saya juga takut, takut jadi kecut kala diaju soalan begitu. Jika benar kita mengakui bahawa hidup ini dipandu oleh Allah yang Esa, mengapa kita sering menjadi hamba yang ingkar perintah-Nya?

Jika benar kamu takut tidak terjawabkan soalan-soalan Munkar dan Nakir, kenapa  janji-janji diukir sering sahaja kamu mungkir?

Kematian itu pasti. Di mana-mana kita berada, siapa pun kita, mati pasti tiba, bila sampai waktunya.

Anak-anak yatim di Hulu Langat menemui Allah dalam runtuhan tanah, bapa saudara saya meninggal selepas muntah darah, dan kita? Hanya menunggu kedatangan Izrail melaksanakan tugasnya.

Benar sekali pesan Luqmanul Hakim pada anaknya untuk memperbanyak kunjungan ke majlis kematian. Kerana dari situ, akan timbul insaf yang paling dalam.

Dari saat mendengar berita kematian, membaca yaasin, memandikan, mengkafankan, menyembahyangkan, mengusung, sehinggalah mengembumikan jenazah; tiap detik menyemarakkan liang-liang keinsafan yang sudah lama tertutup.

Apatah lagi, saat mendengar imam membacakan talkin, Allah sahaja yang tahu betapa sayunya hati, betapa setiap nafsu dunia lebur serta-merta. Allahuakbar.

Semoga saya boleh menjawab soalan-soalan dalam kubur dengan baik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s