HIJRAH

Penat juga kalau kita selalu mengutamakan manusia daripada pencipta mereka. Kita akan sering mengeluh dan berhenti melakukan usaha-usaha ke arah kebaikan kepada diri sendiri ataupun orang lain.

Sebab itu, pentingnya ihsan dalam kehidupan. Berbuat baik sedang percaya Tuhan sentiasa melihat apa yang kita buat. Jika setiap tindakan kita mahu dapat respon yang baik daripada manusia, maka itu adalah sia-sia.

Kan baik kalau kita sandarkan sepenuhnya pada keredhaan Allah. Dan kita akan dapat merasa nikmat dalam setiap kebaikan yang kita lakukan.

Sangka buruk daripada orang itu akan selalu ada. Dan begitu juga kasih sayang dan rahmat Tuhan, selalu menemani hambaNya dalam susah senang.

Kita sudah tentu tersiksa dengan kata nista manusia yang sewenang-wenangnya memburuk-burukkan kebaikan kita.

Jadi, janganlah jadi seperti mereka. Bersangka baiklah. Angggaplah kehadiran mereka itu sebagai ingatan bahawa niat harus selalu disemak.

Anggaplah bahawa tiap kata-kata mereka itu sebagai ingatan bahawa kita juga seperti mereka punya kekurangan dan kelemahan.

Benar bersangka baik itu sukar, apatah lagi pada mereka yang sering melukakan. Tapi percayalah, bersangka baik itu baik.

Lupakah kita bahawa tiap jalan ke syurga itu memang sukar?

Bersabarlah dengan kerenah manusia. Kerana kita percaya pada rahmat Tuhan.

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s