umum

PANDANG

Kita selalu melihat bahagia dalam sisi yang berbeza.

Sekalipun jauh sudut yang kita pilih kita akhirnya sampai pada satu kefahaman yang serupa.

Bahawa kita sering percaya bahagia harus tercermin dari mata orang lain.

Kita mula meletakkan neraca. Menimbang baiknya menjadi orang lain. Malah disusuli pula rasa mual menjadi diri sendiri.

Kita lupa barangkali, bahawa kita mahupun dia adalah makhluk ciptaan Allah juga.

Kita semua manusia.

Ada masa dibalik senyum manja tersembunyi sengsara yang sengaja dipendam dalam-dalam.

Dan saat paling hiba bila kita guna dekah dan hilai saat jiwa paling remuk dan rencam.

Berhentilah menjadi sesiapapun. Bermulalah menilai tiap nikmat yang Tuhan beri.

Alangkah manisnya jika setiap kurniaan kita hargai.

Alangkah malangnya jika setiap kurniaan orang lain kita cemburui.

Senyumlah kerana kamu disayangi Ilahi.

Standard

One thought on “PANDANG

Leave a comment