Sebelum Pulang

Sebenarnya,

Yang paling aneh tentang kehidupan itu bukan kerana kamu sering sendiri saat kamu susah, tetapi betapa senangnya kamu melupakan kesusahan saat kamu tidak sendiri lagi-

Sedangkan sendirian itulah teman yang menjadikan kamu kuat berdiri, berlari malah menari

Walau ada waktunya kamu bersoal-soal sendiri

Siapa akan hadir waktu ini kalau aku ajak ketemu dan berjumpa? Terdengarkah atau tidak setiap jerih yang melaung dari dasar hati yang mendatar ini?

Soalan-soalan yang tidak membahagiakan seperti itu hanya menekan lagi hidupmu. Jadi mengapa perlu?

Begitulah dewasa mengajarkan erti hidup dan kehidupan. Kerana itu teman, andai nanti kamu rasa tiada sesiapa yang mahu mendekatimu kerana kamu tidak punya apa-apa yang istimewa-

Pulang segera ke pangkuan yang Maha Mencipta-

Lihat semula insan-insan hebat yang Dia berikan kepadamu, walau kamu manusia paling dingin, kompleks dan tidak menentu-

Pulang dan dakap setiap satu tubuh yang rohnya hidup kerana kamu

dan mungkin untuk kamu.

Hari ini adalah hari yang sama seperti sebelumnya

berusaha atas daya sendiri- menari tanpa pasangan- ketawa dan menangis tanpa teman,

Bezanya, hari ini kamu punya insan yang setia menantimu pulang

pulang

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s