SYURGA BUATMU, AMIN

Sejujurnya, saya masih lagi terkejut dengan pemergian sahabat saya Noor Mohamad Amin tanggal 6 Julai 2017, khamis lalu.

Pagi itu, saya bersama-sama dengan penyelia membuat pembetulan kertas kajian. Saya dikhabarkan yang arwah koma dan berada di Hospital Shah Alam. Sebaik sahaja perbincangan selesai, saya menerima berita yang arwah sudah menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Allahuakbar.

Saya kenali arwah dalam bulan Jun 2015, sewaktu kami mula-mula mendaftar sebagai pelajar pasca-siswazah. Kami jadi rapat sejak itu atas pelbagai urusan pengajian. Pernah beberapa kali serumah sewaktu persidangan dan pernah menghadiri kursus bersama-sama.

Arwah seorang yang sangat pendiam tetapi murah dengan senyuman. Adalah sesekali dia bergurau-gurau. Tetapi kebanyakan masanya dia hanya menjadi pemerhati bila rakan-rakan lain rancak berbual-bual.

Saya sedar akan perubahan fizikalnya sejak awal tahun ini. Dia nampak semakin kurus, rambutnya semakin berkurang, dan bibirnya pecah dan kekeringan. Bila saya tanya kenapa arwah hanya jawab

“Aku salah makan ubat”

Saya ada menyuruhnya ke hospital dan klinik kesihatan pelajar untuk mendapat rawatan tapi cepat-cepat dia tepis. Dia kata

“Aku tak ada apa-apa. Usah risau”

Selepas itu, saya ada jumpa dia berkali-kali di kafe dan pusat islam. Kami hanya sempat bertegur sapa tapi tidak banyak yang kami bualkan. Daripada pemerhatian saya, tahap kesihatan arwah bertambah teruk.

Yang saya sesali adalah saya tidak beria-ia memaksa beliau ke hospital. Saya fikir, saya tidak mahu dia jadi rimas pula. Kawan-kawan yang rapat dengan saya tahu kadang-kadang saya boleh membebel berjam-jam dan itu boleh jadi sangat menjengkelkan.

Allah sahaja yang tahu betapa rasa bersalahnya saya membiarkan dia bergelut dengan sakitnya sendiri. Saya faham dia pendiam. Sepatutnya saya mengambil langkah lebih aktif membawanya ke hospital untuk mendapat rawatan.

Tapi iyalah. Sudah ketentuannya begitu. Saya redha.

Kematian begitulah sifatnya. Sebaik mana kamu berusaha untuk jauhi, kematian tetap semakin dekat. Tidak akan cepat atau lewat sesaat.

Kematian membuka liang-liang keinsafan yang selama ini mungkin terdebu dengan seronoknya dunia. Kematian membuatkan aku benar-benar berfikir.

Besok, bila masanya sudah tiba, saya akan pergi juga. Yang saya perlu risaukan bukanlah apa yang saya tinggalkan, tetapi apakah amal yang bakal saya bawa bertemu Tuhan.

Maafkan aku Amin, andai ada kata-kata dan tingkahlaku yang tidak menyenangkan. Selamatlah engkau berangkat ke negeri abadi. Suatu hari nanti aku juga pasti pergi. Saat itu, aku pohon semoga Allah menemukan kita semula dalam syurga Firdausi.

14184564_1055590317811590_4679823382942710980_n

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s